Monday, June 17, 2013

ape itu FISIOTERAPI?

haaa, korang tau x fisioterapi?mst ade yang tau n ade yang xtau..so, admin nk cerita sikit tetang fisioterapi

Apa itu Fisioterapi?
Fisioterapi atau Jurupulih anggota adalah satu kerjaya profesional di dalam bidang kesihatan. Ahli Fisioterapi bertanggungjawab menjalankan rawatan yang tepat dan berkesan kepada pesakit sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mengurangkan kesakitan, menambahkan mobiliti, mencegah serta mengurangkan kecacatan kekkal kepada pesakit yang mengalami masalah berkaitan kecederaan tubuh badan serta sistem tubuh badan. Secara amnya, seseorang ahli fisioterapi berperanan untuk merawat pesakit yang mengalami kecederaan supaya menjadi kembali normal ataupun sekurang-kurangnya hampir kepada normal.

Diploma Fisioterapi (Physiotherapy) Menggabungkan aspek pengetahuan teori dan kemahiran klinikal yang diperlukan sebagai seorang ahli fisioterapi. Program ini menawarkan kurikulum menyeluruh yang merangkumi setiap aspek teori, konsep perawatan, teknik serta etika yang digunakan semasa menjalankan penilaian, rawatan dan rehabilitasi kepada pesakit.

BAGAIMANA RAWATAN FISIOTERAPI DAPAT MEMBANTU PESAKIT?
Fisioterapi, yang dijalankan akan membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yg mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk (Nasam).

KITA AMBIL KES STROKE SEBAGAI CONTOH ::
Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak.
Fisioterapi terbentuk dari berbagai kaedah untuk membantu mangsa strok mempelajari kembali cara untuk mengimbang dan bergerak. Ini termasuk melatih pergerakan, atau sebahagian pergerakan, untuk menggalakkan kedua-dua bahagian tubuh bekerjasama. Kedudukan yang betul penting untuk memastikan yang otot-otot dan sendi kekal fleksibel dan tidak sakit.

Apa Yang Dilakukan Oleh Ahli Fisioterapi?

  • Mendiagnosis pesakit dan menentukan kaedah rawatan yang bersesuaian. Berbekalkan latihan intensif, ahli fisioterapi dapat memberikan penilaian yang sewajarnya.
  • Merawat keadaan-keadaan yang berbeza menggunakan perawatan moden dan tradisional.
  • Mengajar pesakit kaedah senaman yang sihat.
  • Nasihat tentang pengendalian objek berat dan cara-cara pesakit dapat menangani kekurang upayaan mereka dalam jangka masa panjang.

Kondisi Yang Memerlukan Rawatan Fisioterapi

  • Masalah pernafasan, paru-paru dan kahak
  • Kecederaan semasa bersukan, ligament terluka dan kecederaan otot (sprains).
  • Kondisi ketidakupayaan seperti palsy, stroke dan distrofi otot (otot mengecut)
  • Masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher

Siapa Yang Dirawat Ahli Fisioterapi?

Ahli fisioterapi mampu merawat dalam semua keadaan dan perkhidmatannya merangkumi pesakit seawal bayi baru lahir sehingga orang-orang tua yang uzur. Selain daripada itu, membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dewasa yang mempunyai komplikasi ataupun masalah mental. Pesakit diajar teknik releksasi dan senaman yang mampu memulihkan kecergasan fizikal dan mengembalikan jati diri (azzahrah.my)

Kaedah-Kaedah Rawatan

  • Elektro Terapi
    • Ultra Sound
    • Interferential Terapi
    • Laser
    • Diatermi Gelombang Pendek
  • Terapi Manual
    • Mobilisasi
    • Manipulasi
    • Urutan
    • Senaman Therapeutic
    • Rehabilitasi selepas pembedahan
    • Nasihat dan langkah pencegahan

No comments:

Post a Comment