Tuesday, June 18, 2013

SCOLIOSIS

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak educate korang tentang scoliosis ataupun tulang bengkok..

Memang tulang belakang kita bengkokkan?
Ye, memang betul..tapi yang ini bengkok sama ada ke kanan atau ke kiri dalam bentuk C ataupun S..

Scoliosis ni rata-rata yang kena ialah remaja perempuan dari umur 7 tahun ke atas (lecture bg tau)..Tapi, lelaki pun ada yg kne..Kes scoliosis ni majoritinya adalah idiopatik (tak tahu sebabnya).. 

PLEASE ALERT!!!

Apa-apa pun scoliosis ni bukanlah sejenis penyakit..

Apakah tanda-tanda scoliosis?


1. Jarak antara tangan dengan trunk tak sama..
2. Kepala tak centre dengan badan..
3. Bahu tinggi sebelah
4. Badan sebelah belakang anda macam de bonggol sikit
5. Tulang belakang yang membengkok nampak dengan jelas..
6. Pinggang tinggi sebelah
7. Bentuk badan yang nampak tidak normal

Puncanya?


1. Tidak diketahui
2. Keturunan
3. Masalah dengan saraf otot
4. Ketumbuhan
5. Cerebral palsy
6. Jatuh (kemalangan kecil atau besar)

Kenapa perlu risau?


Sebab, semakin hari semakin tulang tu akan membengkok.. Bila tulang belakang membengkok melebihi 50 darjah, akan menyebabkan tulang rusuk anda berubah bentuk dan menghimpit paru-paru anda..lalu akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas.. Dan kemungkinan juga akan menyebabkan masalah dengan jantung anda.. Lagi 1, anda akan berasa lenguh-lenguh kat bahagian belakang badan..

Treatment?

Untuk yang baru kena scoliosis ni digalakkan memakai Spine Bracing Section.. Pakai spine bracing ni memang sakit sebab bracing tu keras dan akan menyebabkan rasa lenguh sebab dok tegak cam robot jer..dan bracing tu rasa macam menekan badan..Sakit dan tak selesa mana pun, kena pakai jugak untuk mengelakkan tulang semakin membengkok dan untuk mengelakkan anda kena bedah dan masuk besi kat tulang belakang tu..Dan kalau pakai tu kena ada appointment ngan doktor 6 bulan sekali.. [even dah kena bedah pun still de appointment ngan doktor]

Kalau nak bebas wat aktiviti lasak, lebih baik pakai Spine Bracing tu.. Kalau dah kena bedah, korang memang sangat2 tak bebas wat aktiviti lasak kegemaran korang..Memang jiwa kacau kalau tak bebas lakukan aktiviti feveret... T_T

Apa-apa pun, kalau ada apa-apa abnormality yang korang tengok pada diri korang..Pergilah hospital, wat check up dan ujian x-ray..kalau dah teruk nanti susah..kena pegi bedah terus..Nak ke? Kalau nak bedah tu memang korang kena pergi hospital selalu sebab macam-macam ujian nak kena buat.. Macam nerve test, respiratory test n macam2 la..



Spine Bracing Section


Scoliosis After Surgery

No comments:

Post a Comment